BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 10 May 2012

Asas Cerucuk

PENGENALAN
  • Sejenis asas dimana beban dari bangunan dibawah dan disebarkan kearas yang sesuai di dalam tanah melalui tiang yang dinamakan cerucuk
  • Asas ini diadakan khusus untuk bangunan bertingkat dan mempunyai sifat tanah yang tidak stabil.
  • Jenis - jenis cerucuk yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian tanah,keadaan muka bumi dan struktur bangunan itu sendiri.
Asas cerucuk digunakan apabila tanah bawah tidak sesuai menanggung beban disebabkan ;-
  • Keupayaan galas tanah yang rendah
  • Keadaan aras air bawah tanah yang tidak menentu
  • Beban mengufuk
  • Mendapan yang berlebihan
 REKABENTUK ASAS CERUCUK

  • Asas cerucuk merupakan satu elemen struktur yang panjang berbentuk sebuah tiang yang dipasak ke dalam tanah untuk mengagihkan beban bangunan dan disebarkan ke aras atau lapisanyang sesuai di dalam tanah melalui struktur tiang tersebut.
  • Cerucuk boleh dikategorikan kepada beberapa cara, salah satu caranya adalah berdasarkan kepada cara cerucuk memindahkan beban yang bertindak keatasnya ke tanah di persekitaran . 
  • Asas cerucuk mempunyai tiga kategori iaitu:-

    • cerucuk galas hujung
Rajah 1: Cerucuk Galas Hujung
    • cerucuk geseran
Rajah 2 : Cerucuk geseran


    • cerucuk gabungan
Rajah 3 : Cerucuk Gabungan
 
 JENIS CERUCUK

CERUCUK KONKRIT

•Saiz diantara 150mm x 150mm hingga 400mm x 400mm.
•Panjang cerucuk 3m,6m,9m dan 12m.
•Beban galas struktur maksima sehingga 1450 kN (145 tan)
•Kelas 1 (konkrit Gred 40) untuk tanah keras. Kelas 2 (konkrit Gred 25) untuk tanah yang lembut.
•Tidak sesuai untuk kawasan batu kapur dan kawasan lembut dan mempunyai lapisan-lapisan pasir.
Rajah 4 : Cerucuk Konkrit
CERUCUK KONKRIT SPUN 
• Sesuai untuk semua jenis tapak. 
• Panjang cerucuk 6m,9m, dan12m kebiasaannya. 
• Gred konkrit yang lebih tinggi (Gred 60 hingga 80). 
• Grout simen dimasukkan kedalam kelonsong dan dibiarkan mengeras. 
• Saiz diantara 250mm dia. Hingga 1000mm dia.
• Beban galas struktur yang lebih tinggi 400 kN hingga 4000 kN.

Rajah 5 : Cerucuk Konkrit Spun
CERUCUK KELULI H
• Digunakan apabila panjang cerucuk yang diperlukan terlalu besar .
• Satu sambungan sahaja yang dibenarkan.
• Panjang cerucuk 6m dan 12m.
• Sangat sesuai di kawasan batu kapur untuk menggalas beban .
• Saiz 200mm x 200mm hingga 350mm x 350mm.
• Keupayaan galas struktur dari 510 kN – 1650 kN
Rajah 6 : Cerucuk Keluli H

CERUCUK MIKRO 
• Berbentuk bulat dan mempunyai diameter kurang daripada 300mm iaitu sekitar 100mm – 250mm. 
• Panjang maksimum sehingga 60 meter . 
• Galas beban antara 200 kN-2000 kN. 
• Panjangnya berpandukan keadaan subpermukaan tanah, kekerasan batu dan kapasiti beban yang
  ditanggung oleh cerucuk.
Rajah 7 : Cerucuk Mikro
CERUCUK BAKAU
• Biasanya bersaiz 75mm hingga 100mm diameter bulat.
• Keupayaan galas antara 5kN – 10 kN (0.5 hingga 1 tan).
• Tidak digunakan lagi dalam projek JKR
Rajah 8 : Cerucuk Bakau
CERUCUK KAYU TERUBAT 
• Digunakan apabila cerucuk bakau tidak sesuai. 
• Satu sambungan dibenarkan. 
• Sebagai cerucuk tanggung hujung atau geseran badan. 
• Saiz 125mm x 125mm dan 150mm x 150mm. 
• Beban galas maksima diantara 120 kN hingga 150 kN. (12 tan – 15 tan).




No comments:

Post a Comment